Bukan maen bercaps-lock entry kali ni. Heh. Marah, Baran or speaking omputehnye, anger, adalah salah satu sifat normal manusia. Siapa tak pernah rasa marah ye dak? Tipu la kalau tak pernah. Tercetus sikit-sikit hangen tsunami bagai mesti ada punya kan? ;)
Aku tak suka bila aku dalam keadaan marah (siapa yang suka? ada ke?) sebabnya aku akan jadi macam Incredible Hulk tanpa bahan pewarna HIJAU itu. Haha. Tak tak. Aku tak suka bila aku dalam keadaan marah yang sangat-sangat tak boleh blah sebab aku akan ambil masa yang agak lama untuk aku cool-kan diri aku balik.
Ada setengah orang cepat panas, cepat sejuk. Untunglah beliau dapat kawal amarah sendiri.
Ada yang cepat panas, lambat sejuk. Bahaya jugak ni. 'Bercinta' la nak tunggu beliau reda.
Ada yang lambat panas, lambat sejuk. Yang ni pun bahaya.
Yang last sekali, lambat panas, cepat sejuk. Fuh! Yang ni yang terbaek, aku belum mampu lagi.
Aku rasa aku kategori yang kedua (kot?), secara umumnya sebab marah pun bergantung pada situasi dan punca boleh meletus api marah tu.
Sebab-musabab lain aku tak suka bila aku dalam keadaan marah sangat-sangat adalah:-
1) Pernah tak korang marah sangat sampai tangan atau satu badan menggigil?
2) Pernah tak korang rasa marah sangat sampai saket dada menahan lepas tu nafas pun macam orang semput?
3) Pernah tak korang rasa marah melampau sampaikan rasa sebak nak nanges, mata dah berkaca-kaca lepas tu nak telan air liur sikit punya payah?
Okey, sekarang bayangkan bila aku marah (sungguh-sungguh punya marah yang dah tak boleh nak kawal) KETIGA-TIGA keadaan di atas jadi serentak kat aku. Iye, serentak, aku tak tipu.
Aku rasa ni lah the biggest point in my weakness yang aku until now mencari-cari cara nak atasi dengan berkesan. (dem, kantoi dah kelemahan aku).
Rentetan dari rasa marah-marah ni, berkait pulak dengan ekspresi muka, body gesture dan percakapan/pertuturan.
Ada kawan aku cakap, kalau aku tengah marah, pergh, muka tak boleh nak blah, dingin nak mati, respons pun macam nak mintak lempang. Iye, aku tak nafikan, kalau aku marah seriousshit marah, maybe nak pandang muka orang yang buat aku hangen sesenang hati beliau tu memang tak dapat la jep. Pandang bayang-bayang dia pun aku fikir dua tiga kali. Haha. Kejam sangat tu der. Haih. Aku kena cari jalan nak solve problem ni.
Si Dia pulak bagitahu, aku marah tak lama sangat, mungkin rajuk aku tak sampai sehari apa tah lagi berminggu (dulu aku lagi teruk, seminggu tak contact apedehal, alhamdulillah dah okay sikit).
Dengan family? Hush, aku rasa ni la paling mencabar. Gila apa nak marah-marah darah daging sendiri tapi hakikatnya ini lah yang paling dasat sekali. Dengan member2, BF ke GF ke kalau nak hangen lama-lama aku rasa tak salah tapi bergantung pada situasi. Inikan pulak ahli keluarga sendiri. Bangun tidur, makan, tengok tv, tidur balik, tiap hari kau bersama dengan family kau. Sampai bila nak bermasam muka, kan? Sebab tu aku rasa yang ni lah paling mencabar dan nak tanak kau kena belajar menahan or memendam dan secepat mungkin kena lupakan terus! (which I find it quite hard certain times, dem~)
Apa-apa pun, cara terbaik nak buang perasaan marah (and it works for me!) adalah:-
1) Ambil wudhu', solat sunat, dan baca al-Quran. InsyaAllah akan tenang setenang-tenangnya.
2) Kalau tengah berdiri, teruskan duduk, kalau tak boleh jugak, baring dan pejamkan mata dan ambil nafas dalam-dalam. Fikirkan any sweet moments yang terlintas dan gunakan ia untuk mem-positif-kan diri sendiri. Kalau agak-agak nak tidur terus pun boleh, supaya boleh shut down otak and rehatkan hati buat sementara waktu.
3) Buat-buat sibuk dan larikan fokus amarah anda itu ke perkara-perkara yang lain. Bersukan boleh, main games boleh, melalak karaoke boleh, nak swimming boleh (haa boleh sejukkan badan terus!), tengok tv boleh (make sure cerita komedi ok?) dan macam-macam lagi, you name it.
4) Luahkan marah anda secara lisan mahupun tulisan. Pilih rakan-rakan yang tepat kalau nak luahkan rasa supaya tahap amarah anda tak naik ke 3000 darjah celcius kalau dapat respons yang macam bingai. Cousin saya, dia kalau marah dia akan jerit kat bantal puas-puas biar serak suara tak apa atau dia akan tulis apa saja yang dia buat dia hangen lepas tu dia akan gali tanah depan rumah dia dan tanam 'luahan' dia tu. Esoknya dia akan lupa terus.
5) Cepat-cepat fikir perkara positif terhadap mereka yang buat anda hangen. Iye, memang nampak susah tapi ini lah yang aku selalu buat. Secara tak langsung kita akan sedar bahawa dia juga ada kebaikan (dan keburukan) begitu juga diri kita. Kita jugak dapat melatih diri sendiri untuk SENTIASA berBAIK SANGKA terhadap semua orang. Tak ke mulia sifat tersebut?
Okeylah, marah aku pun dah reda ni, Alhamdulillah.
Jumpa lagi di entry yang lain pula. Bye-bye. :)
0 5000 orang nak tahu cite cik yAyA:
Post a Comment
jangan lupe tinggalkan comment anda di sini
SATU pun jadi lah ye !..hihi